Latarbelakang DBAK dan keluarga

- Datu Bandar Abang Hj Muhammad Kassim Bin Datu Bandar Abang Hj Bolhassan (DBAK) dilahirkan pada tahun 1841 kepada pasangan Datu Bandar Abang Hj Bolhassan Bin Datu Pattinggi Abang Ali dan Dayang Aisah Binti Abang Wahid.
- DBAK meninggal dunia pada 18/7/1921 di Mekah semasa menunaikan ibadah fardu haji pada usia 80 tahun.
- Isteri DBAK adalah Dayang Sahadah Binti Datu Patinggi Abang Hj Ghapor yang lahir pada tahun 1845 dan meninggal dua hari selepas DBAK pada 20/7/1921. Kedua arwah di kebumikan di Mekah.
- Berdasarkan wasiat DBAK pada tahun 1921, butiran kes mahkamah pada tahun 1946 dan capaian Sarawak Gazette 1921, DBAK mempunyai 13 anak dan 5 meninggal dunia semasa hayat DBAK. Dari itu, lapan orang anak yang ditinggal kan adalah 'Waris 8' DBAK.
- Senarai penuh anak-anak DBAK adalah seperti berikut:
2. Datu Patinggi Abang Hj Abdillah;
3. Abang Haji Fadzil;
4. Abang Hj Adawi;
5. Dayang Zurah/Yong;
6. Abang Haji Anis;
7. Dayang Siti Nauyah (Dayang Hajjah Siti Nawiyah);
8. Datin Dayang Hjh Halimah;
9. Dayang Malihah/Lihot (meninggal sebelum DBAK)
10. Abang Zaini (meninggal sebelum DBAK)
11. Abang Mohd Yaman (meninggal sebelum DBAK)
12. Abang Mohamad (meninggal sebelum DBAK); and
13. Abang Sulhi (meninggal sebelum DBAK)
- Berdasarkan kajian pada tahun 2020, dianggarkan kini ada lebih kurang 1,500 waris dari generasi ke 3 hingga ke 7. Ini adalah lebih kurang 50% dari jumlah semua waris DBAK.
Pembinaan Rumah Batu (RB)

- Di bina oleh DBAK pada tahun 1863 ketika usianya 22 tahun.
- Besar kemungkinan ia adalah usaha bersama dengan ayahanda beliau Datu Bandar Abang Hj Bolhassan Bin Datu Patinggi Abang Ali yang berjawatan Datu Bandar sehingga 1906.
- Ada juga jangkaan bahawa RB di bina pada sekitar 1890 berdasarkan pembinaan mengunakan konkrit di Sarawak hanyalah pada masa tersebut.
- RB berdiri megah sebagai rumah pertama dan terbesar bangsawan Melayu pada masa itu yang di bina menggunakan konkrit dan batu bata (darimana Rumah Batu dapat namanya) walhal rumah-rumah lain di bina dari kayu.
- Ia bukan hanya menempatkan ahli keluarga DBAK tetapi berperanan sebagai pusat komuniti termasuk untuk aktiviti ilmu, kesihatan, kebajikan dan sosial.
Tapak dan status RB
- RB di bina atas tanah seluas 6,313.0 meter per segi atau 1.56 ekar di Lot 8 Section 13 Kuching Town Land District (Lease of State Land No: 1147 dan Kuching Grant Serial No: 237) beralamat di Datu’s Road, Kuching (kini Jalan Ajibah Abol).
- Lot 8 mempunyai syarat istimewa dalam suratan hakmiliknya di mana ianya hanya boleh dipegang atau diduduki oleh pemilik beragama Islam ("Mohamedan") dan pegangan hakmilik tanah tersebut dikongsi nama bersama-sama dengan pemegang jawatan “Secretary of Native Affairs” pada masa-masa tertentu.
- Tanah RB termasuk Tanah Perkuburan Wakaf DBAK yang bersebelahan dengan Masjid Bahagian, Kuching dan tapaknya dikhaskan untuk persemadian ahli keluarga dan waris DBAK sahaja.
- Setakat Mac 2021, jumlah tapak kubur di kawasan perkuburan adalah sebanyak 282 atau lebih.
- Tempoh hak milik RB tersebut ialah selama 859 tahun dan dikeluarkan pada tahun 1937 atas nama Datu Shahbandar (kemudiannya Datuk Patinggi) Abang Haji Abdillah Bin Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim dipegang atas kapasitinya sebagai Pentadbir harta pusaka DBAK.
- Berdasarkan kepada satu perjanjian bertarikh 10hb November 1922 di antara lapan (8) orang anak DBAK, mereka telah bersetuju dan sepakat untuk menjadikan RB sebagai harta wakaf DBAK untuk kepentingan semua waris.
- Pada tahun 1946, cucu-cucu DBAK dari jalur Abang Adawi & Abang Anis telah memfailkan permohonan berkaitan dengan isu pentadbiran harta pusaka DBAK oleh Datu Patinggi Abang Hj Abdillah. Mahkamah Residen dan Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa RB adalah harta wakaf yang ditinggalkan oleh DBAK untuk kepentingan dan manfaat waris-warisnya.
- Surat hakmilik RB masih lagi atas nama Allahyarham Abang Bisuni Bin Abang Haji Fadil dan Allahyarham Abang Ali Bin Abang Haji Anis sebagai Pemegang Amanah harta wakaf DBAK bersama-sama dengan pemegang jawatan “Secretary of Native Affairs” (sudah tidak lagi ujud selepas merdeka).
- Berdasarkan kepada dokumen-dokumen dalam simpanan waris, selepas kedua-dua Pemegang Amanah meninggal dunia beberapa waris telah tampil berhubung dengan perlantikan Pemegang Amanah baru.
- Pihak Residen pada ketika itu (Tuan Hj Yusuf Arbi) telah menasihatkan waris agar berbincang sesama waris-waris DBAK berkaitan dengan perlantikan Pemegang Amanah Baru.
- Oleh kerana tiada keputusan dicapai, Abang Ibrahim Bin Abang Ali telah menulis kepada Residen dan melantik dirinya bersama-sama dengan Abang Ibrahim Bin Abang Sha’rani sebagai Pemegang Amanah yang baru.
- Pejabat Residen melalui suratnya bertarikh 6hb Jun 1985 telah mengesahkan perlantikan tersebut dan telah merujuk kepada surat Abang Ibrahim Bin Abang Ali bertarikh 5 Oktober 1983. Namun, perlantikan tersebut tidak didaftarkan dengan Pejabat Tanah.
- Pergolakan isu pentadbiran RB sejak 1980an berterusan sehingga ke tahun 2015, di mana satu permohonan dibuat di Mahkamah Syariah Kuching untuk membaca balik wasiat DBAK dan deklarasi untuk status RB samada ianya merupakan harta pusaka atau harta wakaf.
- Pada tahun 2016, Mahkamah Syariah telah mengekalkan status RB sebagai harta wakaf berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Agung 1946.
Pentadbiran RB
Berdasarkan keputusan Mahkamah Syariah pada tahun 2016, prinsip pentadbiran wakaf adalah seperti berikut:
Pada masa ini, pihak pentadbiran RB masih tidak berupaya untuk menepati prinsip-prinsip di atas dan adalah tanggungjawab semua waris untuk memperbetulkan pentadbiran RB mengikut pentadbiran wakaf.
- RB adalah wakaf ahli/keluarga (waris) dan bukannya wakaf awam/umum yang diselenggarakan oleh Majlis Islam atau Baitulmal;
- Kewajipan mentadbir dan mengurus RB di pikul oleh semua waris untuk kebajikan dan kepentingan bersama;
- Sebagai wakaf, harta RB tidak boleh di jual atau di lupuskan;
- Pembangunan RB boleh dijalankan selagi ianya tidak menyalahi prinisip wakaf dan kepentingan waris di jaga sama ada ianya di buat secara persendirian atau berkerjasama dengan pihak lain;
- Segala keputusan menganai pentadbiran RB mesti mendapat kemuafakatan semua waris dan bukan di buat oleh Pemegang Amanah yang tidak di iktiraf oleh prinisp wakaf ahli;
- Setiap waris yang diberi kuasa untuk mentadbir RB adalah bertanggungjawab kepada semua waris;
- Tanpa kebenaran waris, segala kepentingan peribadi yang diperolehi dari RB adalah tidak sah; dan
- Adalah menjadi hak semua waris untuk mempastikan RB ditadbir dan diurus dengan baik. Jika sebaliknya, pihak yang mentadbir bertanggungjawab kepada waris.
Pada masa ini, pihak pentadbiran RB masih tidak berupaya untuk menepati prinsip-prinsip di atas dan adalah tanggungjawab semua waris untuk memperbetulkan pentadbiran RB mengikut pentadbiran wakaf.
Keadaan Terkini RB

- Apabila lawatan ke RB diadakan pada September 2020, kegemilangan dan keutuhan RB nyata memang sudah tiada.
- Tidak seperti megahnya RB di zaman silam, keadaan RB terkini amalah menyedihkan.
- Semua perabut dan struktur di dalam telah pun musnah atau di curi.
- Kini hanya tinggal berberapa bilik bilik berukuran 10' x 12' yang di sewakan di tingkat atas sementara lantai bawah kosong tanpa dinding dalaman.
- Walaupun struktur utama RB masih kukuh, tapi keadaan keseluruhannya tidak diselengarakan dan keadaan lantai yang sudah mula rosak.
- Keadaan terkini RB adalah amat malang dan menyedihkan.
- Pada masa ini, Kak Dayang Yot, anakanda kepada Abang Bisuni dan cicit kepada DBAK masih menghuni RB.
- Ternyata rumah batu bangsawan Melayu pertama dan terbesar di Sarawak suatu ketika dulu yang berdiri megah namun kini tidak lagi.
Usaha Terkini waris RB

- Sejak keputusan Mahkamah Syariah pada tahun 2016 dibuat, usaha untuk mengumpul semua waris 8 DBAK telah giat dijalankan.
- Atas usaha itu, pada 19 September 2020 Majlis Perjumpaan dan Mesyuarat Waris 8 DBAK telah pun diadakan di Hotel UCSI.
- Di majlis tersebut satu Jawatankuasa telah ditubuhkan seramai 16 orang yang terdiri daripada wakil waris 8 DBAK.
- Wakil-wakil Waris 8 tersebut adalah mewakili setiap Jalur waris iaitu Jalur 1 (Abang Zulkipli Akip), Jalur 2 (Datu Patinggi Abg Haji Abdillah), Jalur 3 (Abang Haji Fadzil), Jalur 4 (Abang Haji Adawi), Jalur 5 (Dayang Zurah/Yong), Jalur 6 (Abang Haji Anis), Jalur 7 (Dayang Hajjah Siti Nauyah) hingga Jalur 8 (Datin Dayang Hajjah Halimah).
- Setiap jalur melantik dua orang wakil untuk bekerjasama dalam mendapat kesepakatan untuk mengemudi urusan RB.
- Pada Februari 2021, Perlembagaan Jawatankuasa Pengurusan Wakaf DBAK telah dipersetujui dan dimaktubkan sebagai hala tuju pengurusan RB yang lebih tulus demi menjaga kepentingan waris yang masih hidup dan sebagai tanggungjawab bersama.
- Dalam usaha mengurus dan membangunkan semula RB setiap waris harus mematuhi Peruntukan Perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan pengurusan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Rumah Batu dan segala peruntukan undang-undang berkaitan dengan prinsip dan hukum wakaf.
- Oleh itu, kerjasama dan sokongan semua waris amatlah dihargai agar segala permasalahan dapat dirungkai dan penyelesaian dapat dicapai.