WARIS DBAK
  • Utama
  • Sejarah RB
  • Daftar Waris
  • AJK
  • Aktiviti Terkini
  • Hubungi Kami
  • Capaian Waris

WARIS DBAK

  Jawatankuasa Pengurusan Wakaf Rumah Batu Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim Bin Datu Bandar Abang Haji Bolhassan
​(W8-DBAK)
.

RAMAH TAMAH BERSAMA PREMIER SARAWAK 19 APRIL 2025
Picture
Picture

Selamat Datang ke laman sesawang AJK W8-DBAK

Jawatankuasa bermakna wakil-wakil yang dilantik mewakili waris 8 DBAK untuk mengurus dan/atau mentadbir wakaf Rumah Batu dibawah Perlembagaan W8-DBAK Bil1/2021 bertarikh 13 Feb 2021.

DBAK
​Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim Bin Datu Bandar Abang Haji Bolhassan​​ (DBAK) dilahirkan pada tahun 1841 dan meninggal dunia pada 18 Julai 1921 semasa menunaikan fardhu haji di Mekah bersama-sama isterinya pada usia 80 tahun​

Rumah Batu

Sebidang tanah seluas 6,313 meter persegi terletak di Jalan Datus (kini Jalan Datuk Ajibah Abol), Kuching dan dikenali sebagai Lot 8 Section 13 Kuching Town Land District bersama-sama dengan sebuah rumah yang dibina di atasnya pada tahun 1863 dan tanah perkuburan wakaf untuk waris DBAK. 
Rumah Batu merupakan rumah terbesar di Sarawak dimiliki oleh seorang melayu aristokrat pada ketika itu dan berdasarkan kepada sejarah, ianya adalah bangunan kedua terbesar selepas Astana Rajah Brooke.

Waris 8

Waris 8 DBAK  yang terdiri daripada keturunan lapan (8) orang anak DBAK mengikut urutan berikut:-
Waris 1 -     Keturunan Abang Zulkipli Akip;
Waris 2 -     Keturunan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah;
Waris 3 -     Keturunan Abang Haji Fadzil;
Waris 4 -     Keturunan Abang Haji Adawi;
Waris 5 -     Keturunan Dayang Zurah/Yong;
Waris 6 -     Keturunan Abang Haji Anis;
Waris 7 -     Keturunan Dayang Hajjah Siti Nauyah; dan
Waris 8 -     Keturunan Datin Dayang Hajjah Halimah
​. ​

Keistimewaan dan Hak Waris

Waris mempunyai hak dan layak menikmati keistimewaan serta manfaat seperti berikut:-
(a) Imbuhan dan/atau manfaat yang diperolehi daripada pembangunan Rumah Batu;
(b) Hak untuk menyertai segala kegiatan aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Rumah Batu;
(c) Hak untuk menggunakan kemudahan dan premis Rumah Batu tertakluk kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan; dan
(d) Hak untuk dikebumi atau disemadikan di Tanah Perkuburan Wakaf DBAK selagi ada ruang kosong.​

Wakaf

Wakaf merujuk kepada Rumah Batu yang merupakan harta wakaf peninggalan DBAK berdasarkan kepada wasiat DBAK bertarikh 31/3/1921, persetujuan yang dicapai oleh lapan (8) orang anak DBAK melalui satu deklarasi bertarikh 22/11/1922 dan kes Mahkamah Agung di antara Abang Ali Bin Abang Haji Anis lawan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bertarikh 2/9/1946 dan kes Mahkamah Residen di antara Abang Hadari Bin Abang Adawi lawan Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, Pentadbir Harta Pusaka Datu Bandar Abang Haji Mohd Kassim bertarikh 22/7/1946. 
Keputusan Mahkamah Syariah pada tahun 2016 telah mengekalkan status wakaf RB berdasarkan kepada keputusan Mahkamah Agung pada tahun 1946.

Wasiat DBAK

​Bismillahirahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil alamin, Wasalamu ala Saidina Muhammadin wa ala wasahbihi ajmain.
Kemudian maka inilah surat wasiat Datu Bandar Abang Muhammad Kassim laki isteri Dayang Saidah. Jika sakit angat petang malam salah satu di dalam keduanya mana-mana yang tinggal itulah yang kuasa memegang harta itu. Jika hilang keduanya baharulah harta berpindah kepada anak-anaknya. Jika ada lebih membayar hutang-hutang baharu pulang kepada anak-anaknya. Fasal bahagian sama banyak laki-laki dengan bahagian perempuan. Mana-mana yang hidup sampai yang sudah mati juga bahagian. Mana-mana yang ada meninggal anak pula kepada anak-anaknya dan mana mana yang sudah mati tiada meninggal anak – bahagian mereka dibuat wakaf pada rumah atau kebun dan mana-mana sahaja yang patut diwakafkan – ini sahaja adanya.
Tertulis kepada 22 haribulan Rejab 1339 (bersamaan 31 Mac 1921)
Datu Bandar Abang Muhammad Kassim.

Tujuan dan Matlamat AJK

Tujuan-tujuan pembentukan Jawatankuasa W8-DBAK ialah seperti berikut:-
​
  • Bertindak sebagai sebuah badan pentadbir atau pengurus Rumah Batu. 
  • Mentadbir, mengurus dan/atau membangun dan memajukan Rumah Batu mengikut kehendak waris DBAK dan hukum wakaf. 
  • Menjaga kebajikan dan kepentingan waris DBAK.
  • Menganjur dan mengelolakan mesyuarat waris DBAK atau mana-mana majlis perjumpaan atau keraian di kalangan waris. 
  • Memberi khidmat nasihat atau menerima sebarang aduan daripada waris berkaitan dengan pentadbiran Rumah Batu.
  • ​Membahagi dan/atau menetap bahagian setiap waris sekiranya ada peruntukan kewangan atau sebagainya untuk dimanfaatkan kepada waris.
  • Mengutip wang bagi menampung kos operasi Rumah Batu dan/atau untuk menjalankan aktiviti-aktiviti untuk waris dengan kebenaran waris.
  • Mewujud Tabung Dana Waris Rumah Batu daripada mana-mana manfaat atau faedah yang diperolehi daripada usaha sama pembangunan di antara Jawatankuasa Pengurusan Rumah Batu dengan mana-mana pihak.
  • Mewujud satu rekod Daftar Waris bagi semua waris DBAK dari generasi pertama hingga yang terkini.
  • Mewujud, menjaga dan menyimpan rekod buku-buku akaun terperinci Rumah Batu.​

Matlamat dan Perancangan AJK

Picture


​Muat turun Perlembagaan W8-DBAK di sini
​(revised 01/2024)

perlembagaan_w8dbak_012024_.pdf
File Size: 2134 kb
File Type: pdf
Download File

PERHATIAN
W8DBAK tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa data yang berlaku atau mana-mana kelemahan yang lain semasa penggunaan laman web ini
Perlindungan Data - Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan - Untuk melindungi data peribadi anda, semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai
Site powered by Weebly. Managed by Exabytes.my - Malaysia
  • Utama
  • Sejarah RB
  • Daftar Waris
  • AJK
  • Aktiviti Terkini
  • Hubungi Kami
  • Capaian Waris